Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Benjamin Mora sah meninggalkan skuad Harimau Selatan untuk pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadinya.<br />Bagaimanapun JDT menerusi hantaran dalam laman Facebook Johor Southern Tigers menyatakan pintu kelab itu sentiasa terbuka untuk pengendali yang berusia 43 tahun itu kembali, pada masa akan datang.